Penjaga Reban Ayam Berang Tikam Lelaki Sehingga Maut | Seorang penjaga reban ayam telah bertindak di luar jangkaan dengan menikam seorang lelaki sehingga maut. Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang disebabkan mangsa terpijak kepalanya ketika sedang tidur.

Penjaga Reban Ayam Berang Tikam Lelaki Sehingga Maut

Kejadian itu telah berlaku di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas, pada jam 11.46 malam tadi. Suspek merupakan seorang warga Thailand yang turut dikenali sebagai Man Siam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa yang berusia 38 tahun bersama bapa sepupunya pergi ke rumah seorang ahli keluarga mereka di lokasi kejadian.

Mangsa yang berusia 20an tinggal di reban ayam di belakang rumah kerana beliau bekerja sebagai penjaga ayam ternakan milik keluarga itu sejak awal tahun ini. Mangsa yang menegnali suspek telah pergi ke belakang rumah untuk mencarinya sebaik sahaja tiba di kediaman itu.

Tidak lama kemudian, suspek datang ke rumah dan memberitahu dua lelaki terbabit bahawa dia sudah menikam mangsa menggunakan pisau atau golok kecil bersarung. Mangsa telah dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia.

Polis sedang giat mengesan Man Siam yang melarikan diri dan meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat jika mengetahui apa-apa berhubung kes itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply