Seorang penjaga stor berdepan hukuman penjara 30 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kulim hari ini kerana menyebabkan kematian seorang guru di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Julai lalu.
Penjaga Stor Berdepan Hukuman Penjara 30 Tahun. Sebabnya Buat Ramai SETUJU
Tertuduh, S Jelatheswaran, 37, yang juga orang kurang upaya (OKU) hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim, Mirza Mohamad.
Mengikut pertuduhan, Jelatheswaran didakwa dengan niat mencetus bencana hingga menyebabkan kematian N Kumar, 54, di pondok batu belakang sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas Pulau Pinang antara pukul 4.30 petang hingga 9.50 pagi, 27 dan 28 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam Tamil Salvan.
Terdahulu, Pavitra memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dan beberapa syarat tambahan kepada tertuduh namun Tamil Salvan merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hilang pendapatan selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya selain perlu menanggung tiga anak yang masih kecil.
Mirza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mana-mana saksi pihak pendakwaan dan tertuduh perlu lapor diri setiap dua minggu di Balai Polis Jalan Pattani.
Kes disebut semula pada 14 November depan.
Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply