Penjenayah Campak Bayi 2 Bulan Elak Ditahan Pihak Polis

| June 9, 2021 | 0 Comments

Penjenayah Campak Bayi 2 Bulan Elak Ditahan Pihak Polis | Seorang penjenayah Amerika Syarikat sanggup bertindak dengan mencampakkan seorang bayi berusia dua bulan ke arah pihak polis. Tindakannya itu adalah bagi menggagalkan usaha pihak berkuasa untuk memberkasnya.

Penjenayah Campak Bayi 2 Bulan Elak Ditahan Pihak Polis

Kejadian itu telah berlaku ketika pihak polis dalam operasi mengejar lelaki penjenayah itu di Indian River County pada 26 Mei lalu.

Menurut Pegawai Sherif Indian River County, seorang pegawai polis mula mengesan sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum menyiasat pemandunya. Lelaki itu telah bertindak dengan cuba untuk melarikan diri. Tindakannya itu menyebabkan pihak polis mengejar kenderaan individu itu bagi menghentikannya.

Namun kenderaan itu telah berlanggar dengan sebuah kenderaan peronda. Lelaki itu keluar dari kenderaannya dan cuba untuk melarikan diri. Walaupun begitu,  Deputi Jacob Curby  telah dikejutkan dengan tindakan diluar jangkaan oleh lelaki itu apabila suspek telah mencampakkan seorang bayi ke arahnya.

Menurutnya, telah banyak perkara gila yang dilihatnya sebelum ini namun kali ini agak berbeza kerana ia benar-benar berlaku. Tambahnya lagi, dia tidak berjaya untuk mengejar dan menabgkap penjenayah itu kerana tidak banyak yang boleh dia lakukan kerana bayi itu ada padanya sebelum dilemparkan ke arah kira-kira jarak 1.8 meter.

Bayi berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Sejak kejadian itu, suspek, John Henry James III berusia 32 tahun ditahan atas pelbagai tuduhan termasuk penderaan kanak-kanak, memandu dalam bahaya, bertindak agresif dan melarikan diri.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *