Penjual Barangan Curi Melarikan Diri Dengan Tangan Bergari | Seorang lelaki yang dipercayai menjual barangan curi kini sedang dalam buruan polis kerana melarikan diri selepas ditahan di Kampung Jias C, Kuala Betis, 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Penjual Barangan Curi Melarikan Diri Dengan Tangan Bergari

Ketua Polis Daerah, Superintandan Sik Choon Foo berkata, sebelum itu suspek, 24, yang berasal dari Pos Tohoi dipercayai pecah rumah di kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi. Polis mengesan suspek sedang berurusan dengan peniaga kedai runcit di Kampung Jias C untuk menjual pelbagai barangan dicurinya.

Suspek telah berjaya ditangkap pada awalnya dan bertindak agresif sebelum melarikan diri dengan tangan bergari. Suspek dikatakan melarikan diri dengan terjun kedalam sungai berhampiran kampung terbabit dan gagal ditemui anggota yang lancar gerakan mencarinya.

Suspek dimaklumkan telah berjaya ditemui pada keesokan harinya oleh penduduk kampung. Dia telah meminta untuk dibukakan garinya namun mereka menolak. Suspek dipercayai melarikan diri memasuki hutan selepas selamat daripada lemas ketika terjun sungai berhampiran kampung itu.

Strategi lain telah diatur dan pihaknya cuba untuk mengesan suspek menggunakan kaedah bantuan unit K9 dari Ibu Pejabat Kontijen Kelantan (IPK). Namun sehingga harini suspek masih belum berjaya diberkas dan usaha masih lagi diteruskan.

Saksi orang awam juga ada melihat suspek balik ke rumah untuk mengambil makanan dan pakaian sebelum melarikan diri ke arah hutan. Dipercayai bahawa suspek juga merupakan seorang penagih yang agresif dan terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di perkampungan Pos Tohoi.

Mereka turut mengesan rakan suspek berusia 26 tahun bagi membantu siasatan kes pecah rumah guru di SK Pos Tohoi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 223 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 224 kanun sama kerana lari dari tahanan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply