Penonton Bola Sepak Indonesia Mengamuk Perlawanan Ditangguh Krn Azan Maghrib | PERLAWANAN bola sepak Liga Perdana di negara jiran bertukar kecoh yang menyaksikan seorang anggota polis hampir menjadi mangsa amukan para penyokong.
Anggota penguatkuasa itu ‘diserang’ penyokong gara-gara melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan kekecohan yang timbul dalam kejadian di Bireun, Aceh, Indonesia, pada 12 Mei lalu.
Dalam satu video tular, polis tersebut dilihat dikerumuni penyokong yang kelihatan marah selain dibaling dengan objek seperti botol air mineral.
Apabila keadaan semakin tidak terkawal, ada orang awam lain bertindak melindungi polis itu dan segera mengiringinya keluar ke tempat lebih jauh daripada kumpulan penyokong tadi.
Ketua Polis Biruen, Ajun Komisaris Besar Mike Hardy Wirapraja mengesahkan salah seorang anggotanya nyaris menjadi mangsa amukan penyokong ketika cuba meleraikan kekecohan dalam satu pertandingan bola sepak.
Kejadian berlaku ketika perlawanan antara Galacticos FC menentang Mantab Legend dalam kejohanan Galacticos Cup I 2023 di Mini Galacticos Cot Gapu, Biruen, Aceh pada 12 Mei lalu.
Menurut Mike Hardy, kekecohan berlaku selepas penonton tidak puas hati kerana perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 itu dilanjutkan keesokan hari untuk penentuan sepakan penalti.
Katanya, penganjur memutuskan sedemikian kerana sudah masuk waktu maghrib namun sayangnya keputusan tersebut tidak diterima penonton yang mahu pertandingan tersebut dilanjutkan pada hari itu juga.
“Memandangkan waktu sudah senja untuk azan Maghrib, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk menangguhkan penalti keesokan hari.
“Disebabkan hal itu, ramai yang marah sehingga menimbulkan kekecohan,” katanya menurut laporan Kompas.com.
Berhubung keadaan anggotanya, Mike Hardy berkata, mangsa, Bripka AR tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pemeriksaan terhadap anggota tersebut turut akan dilaksanakan berkaitan kod etika polis dan perkhidmatan rasmi, namun keputusan belum diketahui setakat ini,” katanya.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Lelaki Mengamuk Cuba Tikam Pramugari Halang Buka Pintu Kecemasan Pesawat | Lelaki dari Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) mencetuskan panik apabila membuka pintu kecemasan sebuah pesawat dari Los Angeles ke Boston.
Lelaki itu juga bertindak agresif apabila cuba menikam seorang pramugari di leher dengan sudu besi yang patah, dakwa pendakwa raya persekutuan pada Isnin.
Francisco Severo Torres, 33, dari Leominster, bagaimanapun berjaya dihalang dengan bantuan penumpang dan anak kapal.
Pejabat peguam AS di sini dalam satu kenyataan memaklumkan Torres ditahan pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan Boston ketika pesawat United Airlines 2609 itu, mendarat.
Kenyataan sama memberitahu Torres didakwa cuba mengganggu kru penerbangan menggunakan senjata berbahaya.
Lelaki itu didakwa di mahkamah persekutuan, pada Isnin, dan menunggu perbicaraan yang dijadualkan pada Khamis.
Difahamkan, insiden berlaku selepas 45 minit berlepas, sebaik ada isyarat daripada penggera bahawa pintu sisi pesawat itu dibuka, kata pendakwa raya.
Menurut pihak berkuasa, seorang pramugari menyedari pemegang pengunci pintu dialihkan keluar dari kedudukan terkunci sepenuhnya.
Anak kapal segera mengunci semula pintu berkenaan.
Ia kerana pintu pesawat tidak boleh dibuka ketika penerbangan kerana ia memberi kesan kepada tekanan kabin.
Menurut kertas pertuduhan, Torres memberitahu penyiasat bahawa dia pergi ke bilik air pesawat dan menggunakan sudu untuk membuat senjata.
Sebaik keluar dari tandas, Torres cuba membuka pintu pesawat untuk melompat keluar tetapi tidak berjaya.
Sumber: Harian Metro