Pensyarah Universiti Meningg4l Dunia, Rebah Ketika Solat Subuh | SEORANG pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Hasanuddin (Unhas) Makassar, Indonesia dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Darun Naim, Makassar pada Selasa.
Pensyarah dikenali sebagai Budiman Bahtiar, 64, meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat semasa dalam posisi tahiyat akhir.
Insiden itu sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.
View this post on Instagram
Budiman terkenal sebagai seorang yang bersopan santun dan pendiam.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua RT 01 RW 03, Perumnas Antang Baharudin, yang menjelaskan Budiman yang juga dikenali dengan panggilan Budi sudah lama tinggal di kompleks perumahan itu dan memang berperwatakan pendiam.
“Budiman orangnya sangat pendiam, sangat sopan,” ujar Baharudin.
“Maksud diam bukan bermakna orang yang tidak bertegur sapa, tetapi dia memang hanya bercakap apabila perlu sahaja,” ujarnya.
Baharuddin berkata, penduduk kampung sebelum ini pernah terlihat Budi mencari kucing di sekitar kompleks berkenaan dalam keadaan menggigil.
“Kebetulan ketika itu dia di hadapan rumah salah seorang penduduk dan kelihatan sangat letih. Ketika dibantu, dia memberitahu kalau ada ternampak kucing, maklumkan kepadanya segera,” katanya.
Selepas itu, dia dihantar pulang untuk berehat di rumahnya dan kejadian itu berlaku sehari sebelum dia meninggal dunia,” tambahnya.
Sementara itu, penjaga masjid Darun Naim, Muhammad Gazali Suyuti berkata, Budi merupakan antara jemaah yang aktif solat berjemaah di masjid tersebut.
“Setahu saya dia sihat dan selalu solat subuh, jarang sekali dia terlepas solat di sini,” kata Gazali.
Tribun Timur melaporkan, Budi meninggal dipercayai kerana dipercayai menderita sakit jantung.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Wanita Meningg4l Dunia Ketika Baca Al-Quran Dalam Masjid | JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita meninggal dunia di masjid ketika membaca al-Quran, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official. Kejadian itu berlaku di Masjid Majlis Taklim (MT) Nurunnisa Babussalam di Bandung, Jawa Barat pada 9 April lalu.
Wanita berbaju putih itu pada awalnya mengetuai sesi bacaan al-Quran bersama-sama beberapa jemaah lain.
Dia secara tiba-tiba berhenti membaca dan menundukkan kepalanya dalam keadaan lemah. Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang dan tidak sedarkan diri.
Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Ya Allah, indahnya kematian dengan berakhirnya lafaz ayat-ayat suci Khaliq. Semoga Husnul Khatimah.
“Ini yang buat saya cemburu… sebab tak semua orang boleh jadi macam dia di akhir hayat… insyaAllah Husnul Khatimah.
“Kematian yang sangat indah, syurga buat puan, Husnul khatimah,” komen seorang netizen.
Sumber: Kosmo