Penternak Lembu Maut, Ditemui Dengan Kesan Tikaman Dan Tembakan| Seorang penternak lembu dilaporkan telah ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan tembakan dan tikaman pada bahagian badan di tepi jalan di Kongsi 14 dekat Sungai Petani malam tadi.

Penternak Lembu Maut, Ditemui Dengan Kesan Tikaman Dan Tembakan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu lebih kurang jam 11 malam.

Tambah beliau pihak forensik membuat pemeriksaan terhadap badan lelaki terbabit namun mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian hadapan badan dan kesan tikaman pada bahagian belakang badan selain turut menjumpai kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan manakala setakat ini kerana belum ada sebarang tangkapan berhubung kes ini, jelas beliau dalam satu kenyataan.

Adzli berkata lelaki itu mempunyai lima rekod lampau dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihaknya kini menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply