Penunggang Motosikal Berdepan Detik Cemas Dikejar 3 Gajah Sampai Rumah

| November 1, 2020 | 0 Comments

Penunggang Motosikal Berdepan Detik Cemas Dikejar 3 Gajah Sampai Rumah | Pattaya, Thailand – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila dikejar tiga ekor gajah liar ketika terserempak dengan haiwan itu di wilayah Chon Buri, Thailand baru-baru ini.

Penunggang motosikal itu terpaksa mencari perlindu­ngan di sebuah rumah keluarganya di kawasan berdekatan apabila gajah-gajah itu tidak berhenti mengejarnya, lapor portal The Thaiger.

Dia bernasib baik kerana haiwan itu hanya merosakkan hadapan rumah tempat penunggang itu bersembunyi tetapi tidak menceroboh masuk.

Kejadian itu dirakam oleh seorang penduduk yang me­nunjukkan gajah itu merayau-rayau di ruang luar rumah dan merobohkan ampaian baju.

Pemilik rumah termasuk seorang wanita hamil dan seorang kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penduduk tempatan ­menghubungi pihak berkuasa, manakala sekitar pukul 10 malam pada hari kejadian, 10 anggota jabatan perhutanan tiba dan berjaya memujuk tiga ekor gajah itu kembali ke dalam hutan.

Isu gajah liar berkeliaran di kawasan kampung bukan perkara baharu dan penduduk sekitar sudah memohon bantuan pihak berkuasa untuk memindahkan haiwan itu jauh ke dalam hutan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *