Penunggang Motosikal Cedera Bertembung Dengan Ambulans

| June 20, 2021 | 0 Comments

Penunggang Motosikal Cedera Bertembung Dengan Ambulans | Seorang penunggang motosikal parah apabila motosikal yang ditunganginya bertembung dengan sebuah ambulans di kilometer 33 Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Selangor semalam.

Penunggang Motosikal Cedera Bertembung Dengan Ambulans

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan melibatkan dua kenderaan itu pada pukul 8.05 malam.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika ambulans yang dipandu petugas lelaki berusia 45 tahun bersama dua wanita yang merupakan pembantu perubatan kesihatan dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian ambulans meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau namun secara tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari simpang Kampung Baru Serendah menyebabkan ambulans tidak dapat mengelak lalu melanggar penunggang motosikal terbabit.

Kemalangan terbabit telah menyebabkan penunggang motosikal berusia 37 tahun itu parah di kepala dan kaki kanan manakala pemandu serta dua pembantu perubatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber: Metro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *