Penunggang Motosikal M4ut Dlm Kemalangan Tiga Kenderaan | KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 23, Jalan Seremban – Kuala Pilah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Corolla Altis serta Perodua Bezza dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal yang ditunggang lelaki berumur 33 tahun dan kereta jenis Toyota Corolla Altis dipandu lelaki berumur 29 tahun dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

“Kereta jenis Perodua Bezza pula dipandu oleh seorang wanita dari arah Kuala Pilah ke rumahnya di Kampung Mampas Besar. Apabila tiba di lokasi, Perodua Bezza tersebut masuk ke laluan bertentangan dan melanggar penunggang motosikal.

“Pada masa sama, pemandu kereta Toyota Corolla Altis yang berada di laluannya cuba membrek dan mengelak, tetapi berikutan jarak terlalu dekat, dia terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal tercampak kira-kira 11 meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujar Amran lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Seorang Pelajar M4ut Motosikal Kena Rempuh Dgn Kereta Tayar Pecah

Gara-gara tayar pecah, sebuah kereta Proton Wira tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dua remaja lelaki yang masing-masing menunggang motosikal berasingan di Kilometer 38, Jalan Kampung Bukit Nenas – Kampung Tayor di sini kelmarin.

Rempuhan dalam kemalangan pada pukul 5.55 petang itu menyebabkan Muhammad Daniel Iqram Apizul, 14, maut manakala rakan sekolahnya, Muhammad Airiel Zikry Jafferi, 14, pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, penumpang kereta Proton Wira terbabit, Mohd. Mustakim Mustapa, 33, juga patah paha dan lengan kiri akibat kemalangan itu.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsan Sungai Tong di sini baru keluar dari sebuah stesen minyak dengan menaiki motosikal masing-masing.

“Muhammad Airiel dan Muhammad Daniel Iqram yang masing-masing menunggang motosikal Yamaha Lagenda 110Z dan Honda C100 telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Wira.

“Kenderaan dinaiki dua juru pendawaian elektrik tersebut dikatakan hilang kawalan selepas tayar kereta itu tiba-tiba pecah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Afandi berkata, kereta Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 24 tahun berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Kancil di sini.

Tambah beliau, mayat Muhammad Airiel telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat.

“Seorang lagi mangsa, Mohd. Mustakim juga dikejarkan di unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

“Dua lagi mangsa yang cedera ringan pula menerima rawatan sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply