Penunggang Motosikal Maut Dalam Keadaan Badan Terputus Dua

| May 23, 2021 | 0 Comments

Penunggang Motosikal Maut Dalam Keadaan Badan Terputus Dua | Kemalangan di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana tragedi ini boleh berlaku pada setiap hari di seluruh tempat. Bukan itu sahaja, seringkali kita lihat di dada akhbar terpapar berita mengenai kemalangan yang menyebabkan kematian di atas jalan raya di seluruh dunia.

Penunggang Motosikal Maut Dalam Keadaan Badan Terputus Dua

Bera: Seorang lelaki maut dalam keadaan yang mengerikan selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 34 Jalan Temerloh-Bahau di sini semalam.

Dalam kejadian itu, kemalangan yang menyaksikan mangsa See Ben Kooi, 63, yang meninggal dunia di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah selepas badannya terputus dua.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mansor Shamsudin berkata, kejadian bkira-kira pada pukul 3.45 petang itu berlaku ketika mangsa dalam sedang dalam perjalanan dari arah Bahau ke Triang. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan semasa kejadian jalan kering dan tidak hujan.

Sumber: Kosmo

 

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *