Penunggang Motosikal Maut Dipercayai Langgar Lembu

| June 13, 2021 | 0 Comments

Penunggang Motosikal Maut Dipercayai Langgar Lembu | Malang tidak berbau buat seorang lelaki apabila motosikal jenis Honda yang ditunggangnya melanggar seekor binatang dipercayai lembu sehingga meragut nyawanya dalam satu kemalangan di Kilometer 18.5 Jalan Siliau – Rantau berhampiran Ladang Bradwall, Port Dickson awal pagi tadi.

Penunggang Motosikal Maut Dipercayai Langgar Lembu

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu. mangsa, S. Navin, 31, dari Ladang Bradwall di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Siliau menghala ke Rantau sebelum kemalangan itu berlaku.

Sebaik mangsa tiba di tempat kejadian, dia dipercayai telah melanggar seekor binatang yang dipercayai lembu berdasarkan bulu binatang tersebut yang melekat pada bahagian hadapan motosikal.

Menurut beliau, akibat daripada kemalangan itu mangsa yang juga penunggang motosikal telah jatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson dan mayatnya telah dihantar ke unit forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *