Penunggang Motosikal Maut Tersepit Di Celah Treler

| June 14, 2021 | 0 Comments

Penunggang Motosikal Maut Tersepit Di Celah Treler | Berita yang paling tidak gemar untuk kita dengari ialah apabila terdapat ahli keluarga kita terjebak dalam kemalangan. Lebih-lebih lagi apabila kemalangan sehingga meragut nyawa insan yang paling kita sayang.

Penunggang Motosikal Maut Tersepit Di Celah Treler

Gerik: Seorang penunggang motosikal maut akibat tersepit di celah treler dalam satu kemalangan di Kilometer 28, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang dekat kawasan Rehat dan Rawat Bintang Hijau di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.15 pagi itu, mangsa Mohamad Amirul Ahmad, 21, yang menunggang motosikal jenis SYM dikatakan parah di bahagian kepala dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, difahamkan nahas berlaku apabila motosikal mangsa melanggar bahagian sisi treler yang sedang keluar dari kawasan perhentian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 6.27 pagi membabitkan sebuah treler dan motosikal.

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersepit pada sisi treler serta dipercayai telah meninggal dunia.

“Komander operasi mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa dengan cara menterbalikkan motosikal tersebut tanpa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dikatakan operasi berkenaan tamat pada jam 8.05 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *