Penuntut IPTA Sambut Cuti Krismas Ditemui Mati Lemas Di Air Terjun Bukit Wang | JITRA – Kegembiraan sekumpulan sahabat mandi manda di kawasan rekreasi Air Terjun Bukit Wang di Jitra, Kedah, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas tengah hari tadi.

Mangsa, Muhammad Afqlin Mustaffa, 21 tahun merupakan penuntut Institut Pendidikan Guru, IPG Kampus Darul Aman berkunjung ke kawasan rekreasi tersebut bersama beberapa rakannya untuk mandi-manda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karuddin berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan Kecemasan melalui talian MERS.

Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki dipercayai lemas di kawasan air terjun.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 2.37 petang.

Sumber: Berita RTM

Share.

Leave A Reply