Peralatan Bersenam Gerak Sendiri. Polis Dedahkan Puncanya.

| June 17, 2020 | 0 Comments

Peralatan Bersenam Gerak Sendiri. Polis Dedahkan Puncanya. | Kejadian tiga anggota polis yang menyaksikan peralatan bersenam ‘bergerak sendiri’ di taman Kanshiram di bandar Jhansi, Uttar Pradesh, India ‘heboh’ dikaitkan dengan kehadiran entiti misteri.

Lapor Daily Mail, rakaman berdurasi selama lapan saat itu dimuat naik di Twitter seorang anggota polis atas nama Rahul Srivastav hingga menarik perhatian ramai kerana dipercayai ada kaitan dengan entiti misteri.

Dalam video tersebut, menunjukkan tiga anggota polis sedang berdiri memerhatikan dua alat senaman itu bergerak pada waktu malam.

Bagaimanapun, setelah tular di laman sosial, ada dalam kalangan netizen mengaitkannya dengan kewujudan entiti misteri namun tidak kurang juga mempertikaikan kesahihan video tersebut.

Polis tempatan bergegas ke lokasi berkenaan setelah mendengar khabar angin berkaitan aktiviti paranormal di kawasan tersebut.

Namun hasil siasatan, polis mempercayai terdapat individu sengaja meletakkan minyak pada peralatan tersebut membuatkan ia bergerak dalam tempoh singkat.

“Ia sekadar gurauan sahaja,” katanya.

Pelakon Bollywood Vivek Oberoi juga memberi maklum balas video tersebut dengan mengatakan ia sekadar ‘prank’ dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *