Perbicaraan Kes 1MDB Libatkan Najib Ditangguh Ke Petang. Ini Puncanya | Mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Penasihat kepada parti Barisan Nasional (BN), Najib Razak dilaporkan perlu menghadiri satu mesyuarat pemimpin gabungan itu pada pukul 10.30 pagi ini berhubung isu pelantikan perdana menteri baru.

Perbicaraan Kes 1MDB Libatkan Najib Ditangguh Ke Petang. Ini Puncanya

Berikutan itu, turut dimaklumkan bahawa perbicaraan kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion bekas perdana menteri itu akan ditangguhkan sementara sekitar jam 10.45 pagi ini untuk membolehkan tertuduh menghadiri mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur itu.

Pemohonan tersebut dikatakan telah diterima Hakim Collin Lawrence Sequerah untuk penangguhan sementara oleh ketua peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam yang mewakili Najib tersebut menjelaskan bahawa Najib harus menghadiri mesyuarat itu kerana dia adalah ketua lembaga penasihat BN.

Jelasnya dalam satu kenyataan, anak guamnya iaitu sebagai penasihat BN, akan menghadiri mesyuarat dengan (Presiden Umno Ahmad) Zahid (Hamidi), dan (Timbalan Presiden Umno Mohamad) Hasan, bersama dengan pemimpin parti yang lain, untuk membuat keputusan.

Tambahnya lagi, permohonan dibuat olehnya adalah untuk menangguhkan perbicaraan pada pukul 10.30 pagi (hari ini) agar dia (Najib) dapat berada di PWTC.

Sequerah memperingati mereka bahawa mahkamah hanya dapat mengizinkan penangguhan sementara perbicaraan hari ini, dan prosiding akan disambung pada pukul 2.30 petang ini.

Perbicaraan tersebut telah berlangsung sejak tahun 2019 selepas menghadapi banyak penangguhan yang disebabkan oleh banyak peristiwa, seperti bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk mengekang wabak Covid-19 tahun lalu, dan pasukan undang-undang Najib menjalani kuarantin kendiri setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Sejurus selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri dan kini bertindak sebagai perdana menteri sementara, Agong telah menitahkan untuk mengarahkan semua ahli parlimen untuk menyatakan calon pilihan perdana menteri mereka sebelum jam 4 petang ini.

Antara calon-calon perdana menteri yang berpotensi diangkat adalah seperti ketua pembangkang Anwar Ibrahim, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, dan bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber: Malaysiakini

Share.

Leave A Reply