Perdana Menteri Umum Sesuatu Jam 4 Petang Nanti.

| January 17, 2021 | 0 Comments

Perdana Menteri Umum Sesuatu Jam 4 Petang Nanti. | Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat Pengumuman Pakej Bantuan Khas pada 4 petang ini.

Pengumuman khas itu akan disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM, BERNAMA TV, TV3 dan Astro Awani.

Muhyiddin dijangka mengumumkan pakej bantuan itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang dilaksanakan di negara ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.

Kerajaan turut melaksanakan PKP di seluruh Kelantan dan juga Sibu, Sarawak bermula 16 Januari berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kawasan itu.

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *