Perhimpunan Agung Bersatu: PN Tidak Bekerjasama Dengan PH Dalam PRU15 | Perikatan Nasional (PN) dilaporkan tidak akan membentuk sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Perhimpunan Agung Bersatu: PN Tidak Bekerjasama Dengan PH Dalam PRU15

Ia telah dimaklumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain keputusan ibuat kerana gabungan PN yang dianggotai komponen parti Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai perbezaan dengan PH.

Beliau yang juga merupakan Presiden Bersatu berkata, kerjasama hanya boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku rombakan besar-besaran dalam PH.

Beliau mendakwa, jika membentuk kerjasama PH dengan yang sedia ada pastinya tak mungkin dan ia bukan kerana tidak suka akan perpaduan, namun kerana mempunyai banyak perbezaan ketara selain kerana pengalamannya sebelum ini bersama PH yang menyebabkan Bersatu membuat keputusan untuk meninggalkan PH.

Antara faktor menyebabkan mereka (Bersatu)  tidak bersedia untuk bersama-sama adalah satu parti yang ada dalam PH dilihat sebagai tidak pro-Melayu, Bumiputera, sejarahnya mempertikaikan hak dan sebagainya, jadi mereka tidak fikir boleh bersama dalam jemaah.

Media sebelum ini melaporkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mewakili PH, baru-baru ini mencadangkan supaya PH dan PN bekerjasama pada PRU akan datang.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika ditanya mengenai bagaimana parti itu boleh menarik sokongan masyarakat luar bandar, berkata beliau tidak bimbang untuk berdepan dengan parti lain dalam pertandingan di kerusi luar bandar.

Menurut Muhyiddin, pilihan Raya di Negeri Melaka baru-baru ini dapat diambil sebagai cabaran untuk (bertanding) tiga penjuru justeru walaupun tidak berjaya menambah bilangan, tetapi penganalisis telah membuat kajian mendalam yang menunjukkan bahawa trend sokongan yang agak besar beralih kepada Bersatu ataupun rakan lain di dalam Perikatan Nasional, termasuk Pas.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply