Kes Baru Melonjak Naik, Perintah Berkurung Kali Ketiga Dilaksana Di Perancis

| April 3, 2021 | 0 Comments

Kes Baru Melonjak Naik, Perintah Berkurung Kali Ketiga Dilaksana Di Perancis| Penularan virus COVID-19 masih belum terhenti, malahan kes ini kian meningkat secara mendadak di Perancis. Ini semestinya menimbulkan kerisauan dalam diri kalangan rakyat negara itu. Virus pembunuh yang tidak dapat dilihat ini ternyata kembali menyerang melalui peningkatan kes secara mendadak.

Kes Baru Melonjak Naik, Perintah Berkurung Kali Ketiga Dilaksana Di Perancis

Presiden, Emmanuel Macron telah mengisyitiharkan perintah berkurung dilaksanakan di negara itu bermula pada hari sabtu yang lalu. Ini merupakan kali ketiga Perancis mengenakan perintah berkurung bagi seluruh negaranya. Arahan dikeluarkan berikutan kes COVID-19 yang melonjak naik secara mendadak hingga mengancam kapasiti di hospital-hospital disana.

Pada hari jumaat, jumlah pesakit COVID-19 yang berada di Unit Rawatan Intensif (ICU) telah meningkat sebanyak 145 orang. Itu merupakan jumlah yang besar selepas tempoh lima bulan. Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira sebanyak 5,000 pesakit Covid-19 di ICU. Dengan itu Perancis telah mencatatkan sebanyak 46,677 kes baharu dan 304 kematian pada jumaat lalu.

Perintah tersebut akan berkuatkuasa sekurang-kurangnya selama dua minggu. Perintah berkurung tersebut akan dilaksanakan bermula dari jam 7 petang sehingga 6 pagi. Perintah ini dikenakan bagi mengelak kerajaan daripada perlu mengambil tindakan yang lebih sukar demi membendung penularan virus COVID-19.

Semua sekolah dan kedai yang tidak penting akan ditutup dalam tempoh itu, manakala semua perkhidmatan dan kedai-kedai runcit perlu ditutup pada jam 6 petang kecuali pekhidmatan kecemasan. Ini membolehkan kerajaan mengurangkan interaksi sosial tanpa perlu mengehadkan aktiviti penting.

Selain daripada sekatan yang dilaksanakan, orang ramai yang ingin bergerak melebihi jarak 10km (enam batu) daripada kediaman mereka haruslah mempunyai alasan yang kukuh.

Presiden Perancis itu turut berharap agar kes koronavirus yang melanda negara mereka dapat dikawal dengan sebaiknya. Dengan itu sekatan tidak perlu untuk dilaksanakan lagi.

Bagaimanapun negara itu berdepan dengan penangguhan agihan vaksin oleh Kesatuan Eropah, selain bergelut dengan varian baharu koronavirus.

Sumber : Malaysia Gazette

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *