Perkelahan Bertukar Tragedi, Pelajar Lepasan STAM Maut Akibat Lemas

| April 8, 2021 | 0 Comments

Perkelahan Bertukar Tragedi, Pelajar Lepasan STAM Maut Akibat Lemas | Kegembiraan 14 orang pelajar sekolah agama yang baru tamat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semalam berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas di Air Terjun Istana Sangkut, Laloh di sini hari ini.

Perkelahan Bertukar Tragedi, Pelajar Lepasan STAM Maut Akibat Lemas

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa, Nur Muhammad Afiq Zubir, 18, yang merupakan pelajar Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu dipercayai pergi ke kawasan air terjun itu bersama rakan-rakannya petang tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati, ketika sedang mandi di situ, mangsa dipercayai lemas dan dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 2.43 petang.
“Rakannya yang menyedari Nur Muhammad sudah lemas telah menghubungi bomba selain meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa.
“Bomba telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mayat mangsa kira-kira tiga jam kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Perkelahan Bertukar Tragedi, Pelajar Lepasan STAM Maut Akibat Lemas
Perkelahan Bertukar Tragedi, Pelajar Lepasan STAM Maut Akibat Lemas
Perkelahan Bertukar Tragedi, Pelajar Lepasan STAM Maut Akibat Lemas

 

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, KEMALANGAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *