“Perlu Atau Tak Baca Al Fatihah Kalau Solat Berimam?” Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

| March 4, 2021 | 0 Comments

“Perlu Atau Tak Baca Al Fatihah Kalau Solat Berimam?” Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu | Umum mengetahui sebagai umat Islam jika berjemaah dalam menunaikan solat akan mendapat ganjaran yang tinggi berbanding solat bersendirian.

"Perlu Atau Tak Baca Al Fatihah Kalau Solat Berimam?" Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

Akan tetapi, ada juga sesetengah di antara kita yang mudah keliru sama ada makmum perlu atau tidak membaca surah Al Fatihah jika solat berimam. Kalau perlu baca pula, bilakah masanya yang perlu makmum baca? Adakah selepas doa iftitah atau selepas imam aminkan bacaan Al Fatihah imam itu sendiri?

Merungkai persoalan ini, Pegawai Hal Ehwal Islam (MAIWP), Ustaz Muhammad Fahmi Rusli telah menjawab persoalan berkenan di laman Twitter miliknya.

Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.

Surah Al-Fatihah wajib dibaca di dalam solat, sama ada bagi imam mahupun makmum.

Bila ia dibaca ? Berbeza ikut solat yang dilakukan. Jika solat jahar (yang dibaca kuat seperti subuh, maghrib, dan isyak), Al Fatihah dibaca selepas imam selesai baca Al Fatihah.

Manakala jika solat sirriyyah (yang dibaca perlahan seperti zohor dan asar), ia boleh dibaca sebaik kita selesai baca doa iftitah yang sunat itu.

Sepatutnya tidak ada isu sangat dengan bacaan Al Fatihah kita selepas imam sebut amin.

Dalam mazhab Al-Syafie, imam disunatkan diam seketika selepas bacaan Al-Fatihah, untuk beri ruang kepada makmum selesaikan bacaan Al Fatihah.

Sumber : Muhammad Fahmi

Tags: , , , , , ,

Category: AGAMA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *