Permaisuri Agong Hadiahkan Katil Buat Frontliner. Ada Video.

| April 9, 2020 | 0 Comments

Permaisuri Agong Hadiahkan Katil Buat Frontliner. Ada Video. | Ujian yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini sememangnya sangat perit untuk dihadapi terutama bagi golongan petugas barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan mangsa Covid-19.

Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh dilihat daripada ujian ini termasuk sikap kemurahan hati rakyat dan pemimpin tertinggi di Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan serta meringankan beban golongan petugas barisan hadapan.

Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pernah menyediakan sendiri makanan untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di sebuah hospital.

Terbaru, Baginda Permaisuri telah menyumbangkan katil lipat kepada doktor dan jururawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk keselesaan mereka.

Menerusi laman Instagram, Baginda Permaisuri juga memuatnaik rakaman ucapan terima kasih dari pihak hospital tersebut.

View this post on Instagram

ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp … utk keselesaan mereka

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *