Permohonan Pegawai Tetap Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Kontrak Telah Diluluskan Oleh Kerajaan

| February 24, 2021 | 0 Comments

Permohonan Pegawai Tetap Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Kontrak Telah Diluluskan Oleh Kerajaan | Kerajaan telah meluluskan permohonan untuk melaraskan gred Pegawai Perubatan kontrak Gred UD41 ke Gred UD43 dan Pegawai Pergigian kontrak Gred UG41 ke Gred UG44 berasaskan kesetaraan laluan kerjaya pegawai tetap.

Permohonan Pegawai Tetap Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Kontrak Telah Diluluskan Oleh Kerajaan

Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah berkata, pelarasan gred ini akan melibatkan 21,408 Pegawai Perubatan dan 697 Pegawai Pergigian.

“Notifikasi mengenai tawaran ini akan dikemukakan kepada pegawai yang berkenaan menerusi emel masing-masing,” katanya.

Mohd Shafiq berkata, kerajaan juga telah meluluskan permohonan untuk menyambung perkhidmatan kontrak 585 Pegawai Perubatan, 1,071 Pegawai Pergigian dan 1,966 Pegawai Farmasi.

Boleh rujuk kenyataan media di bawah ini.

Permohonan Pegawai Tetap Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Kontrak Telah Diluluskan Oleh Kerajaan

Permohonan Pegawai Tetap Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Kontrak Telah Diluluskan Oleh Kerajaan

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *