Tata kelola kerajaan baharu yang tidak lagi membenarkan sebarang kelulusan perolehan tanpa melalui proses tender mampu menghentikan salah laku serta amalan kronisme.

'Perolehan Melalui Tender Elak Salah Laku, Kronisme'- Kata Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pengurniaan tender secara runding terus mempunyai kelemahan kerana ia mendedahkan kepada isu salah guna kuasa dan rasuah.

Jelasnya, bagaimanapun, tender secara runding terus ini dibenarkan dalam Perbendaharaan tetapi hanya untuk tender tertentu sahaja dan pemberiaannya perlu diperhalusi dan dipertimbangkan dengan teliti.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa kerajaan tidak lagi mengizinkan sebarang kelulusan perolehan tanpa melalui tender.

Menyambut baik langkah itu, Azam berkata perkara itu wajar diberi perhatian oleh semua pihak.

“Dalam peraturan arahan Perbendaharaan sememangnya sudah menyediakan proses yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

“SPRM sebagai agensi pencegahan rasuah serta Kementerian Kewangan (MOF) turut melancarkan ‘integriti pack’ (saringan integriti dan surat akuan menolak elemen rasuah) yang memerlukan pemohon tender membuat ikrar tidak terbabit rasuah untuk mendapatkan tender kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jawatankuasa Pemikir Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Noor Mohamad Shakil Hameed berkata pengumuman Perdana Menteri semalam dinantik-nantikan kerana tender secara rundingan menjadi antara punca jenayah rasuah yang sukar ditangani.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu harus dihayati semua pihak dan bukannya retorik semata-mata, khususnya apabila lantikan Kabinet dilakukan.

“Seperti kita ketahui, pemberiaan tender dilakukan di peringkat kementerian dan semua pihak termasuk menteri Kabinet perlu memastikan hasrat Perdana Menteri ini direalisasikan sepenuhnya agar tiada campur tangan politik yang akhirnya memberi kesan kepada penjawat awam itu sendiri.

“Kabinet yang dilantik perlu berusaha untuk tidak mengganggu urusan pentadbiran penjawat awam yang akan melaksanakan kerja dan tindakan mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan,” katanya.

‘Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender’- Ujar PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya tata kelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

'Perolehan Melalui Tender Elak Salah Laku, Kronisme'- Kata Azam Baki

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Jelasnya soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini tidak boleh lagi terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah. Ini tidak boleh lagi dan harus berlaku di semua peringkat.

Katanya lagi, untuk peringkat awal ini, beliau ingin menggesa dan mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, setiap penjawat awam perlu bersiap sedia untuk menghadapi masa depan termasuk melihat apa yang boleh dan tidak boleh lagi dilakukan.

Beliau berkata, perubahan berkenaan seharusnya berlaku di setiap peringkat dalam perkhidmatan awam.

Jelasnya lagi, soal peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender, ini semua. Tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.

Katanya lagi, maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menyeru mengajak saudara untuk sama-sama dalam pasukan. Mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

Anwar juga berkata, ketika ini, biarpun kehidupan rakyat di negara ini tidak separah yang berlaku di beberapa negara, namun, kebanyakan mereka masih berada dalam kesukaran.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak menghiraukan fitnah sesetengah pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Amerika Syarikat (AS), Israel mahupun Turkiye, sebaliknya beliau mahu pentadbirannya memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

Menurutnya, beliau berpengalaman di kementerian-kementerian sebelum ini dan beliau tahu tidak mungkin dapat mencapai apa-apa tanpa komitmen.

Terdahulu, Anwar berkata, biarpun pentadbiran negara serta Perdana Menteri bersilih ganti, namun penjawat awam sebagai tunggak mentadbir mengurus kekal dengan tujuan mengangkat satu sistem dengan peraturan negara yang dibina dengan undang-undang.

Sumber: Berita Harian, Berita Harian

Share.

Leave A Reply