Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan masih tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Pertemuan Pimpinan BN-PN Di St Regist. Asyraf Wajdi BONGKAR Sesuatu..

Namun menurut laporan dari Sinar Harian, dimaklumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertemu beberapa pemimpin politik daripada BN, hari ini.

Menerusi Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ramai bertanya mengapa kepimpinan BN berada di Hotel St Regis bertemu dengan kepimpinan PN? Sebenarnya pertemuan ini selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN bagi membincangkan mengenai Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, dua hari yang lalu, kepimpinan PH hadir bertemu dengan kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific bagi membentangkan terma-terma dan tawaran mereka jika BN bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan bersama mereka.

Katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, kepimpinan PH lebih ‘gentleman’ dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.

Beliau berkata, sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba ‘berurusan’ secara senyap-senyap dan mencuri 10 Ahli Parlimen untuk tandatangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM).

Tambahnya lagi, sebab itulah, pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali. (Kononnya, PN sudah cukup ‘numbers’, bilangan Ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM.

Sambungnya, sehinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN, barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini jam 3.30 petang.

Menerusi hantaran tersebut, beliau berkata, itupun selepas mereka dititah mengadap Yang Dipertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri (Muhyiddin) sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong.

Ulas Asyraf Wajdi, malam ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN sekaligus akan akur dengan titah Agong yang menitahkan agar BN menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Soalnya, cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?

Difahamkan, pertemuan yang berlaku di St Regis tersebut melibatkan tujuh pemimpin PN dan empat pimpinan BN yang dikatakan berlangsung selama lebih sejam.

Wakil BN yang hadir adalah Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Manakala dari blok PN dihadiri oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Difahamkan, pertemuan di Hotel St Regis itu melibatkan tujuh pemimpin PN dan empat pemimpin BN dan berlangsung selama lebih sejam.

Bagaimanapun, hasil daripada pertemuan itu tidak dapat diketahui memandangkan kesemua pemimpin yang terlibat keluar melalui pintu belakang bagi mengelak daripada bertemu media.

 

Share.

Leave A Reply