Pertikaian Tanah Punca 8 Sekeluarga Terbunuh | Masyarakat di Afghanistan mempunyai satu kepercayaan yang aneh dimana sekiranya terdapat pertelingkahan berlaku, cara penyelesaian adalah dengan menumpahkan darah. Kepercayaan yang telah kuno hasil peninggalan nenek moyang mereka diturunkan sehingga generasi kini.

Pertikaian Tanah Punca 8 Sekeluarga TerbunuhDi bulan ramadan yang mulia ini, rakyat islam di Afghanistan turut sama melaksanakan perintah di bulan ramadan iaitu berpuasa dan sebagainya. Namun situasi yang berbeza telah berlaku, apabila pertelingkahan dan keinginan hati lebih diutamakan berbanding menghormati bulan yang penuh barakah ini.

Menurut gabenor wilayah itu, Zaiulhaq Amarkhil, lapan sekeluarga telah ditembak mati di sebuah masjid yang terletak di Timur Afghanistan. Serangan itu telah berlaku di sebuah bandar Jalalabad berdekatan dengan wilayah Nangarhar. Serangan yang berlaku dipercayai disebabkan oleh pertikaian berkaitan tanah. Antara 8 yang terbunuh itu adalah lima beradik termasuk tiga orang sepupu lelaki mereka.

Insiden ini masih lagi dalam siasatan, bagaimanapun hasil siasatan dan maklumat awal menunjukkan bahawa seranga yang berlaku di masjid ini disebabkan oleh pertikaian tanah.

Jurucakap polis Nangarhar, Fareed Khan telah mengesahkan berlakunya kejadian serangan ini.

Pembunuhan bermotifkan balas dendam sering berlaku di Afghanistan dan ahli keluarga menuntut keadilan dengan dengan bertindak ganas .

Sumber: Berita Harian

 

Share.

Leave A Reply