Pertonton Sedekah Kepada Ramai. Ini Respon Dr Maza Yang Ditunggu Ramai

| April 21, 2020 | 0 Comments

Pertonton Sedekah Kepada Ramai. Ini Respon Dr Maza Yang Ditunggu Ramai | Baru-baru ini viral gambar sumbangan dari seorang pendakwah terkenal memberi bantuan kepada keluarga yang memerlukan, timbul isu berkenaan dipertonton kepada umum lalu ada yang memberi komen mempertikai keikhlasan dan tujuannya. Namun ini komen Dr Maza. Baca Selanjutnya..

Siapa Ikhlas, Siapa Riyak?

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya.

Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

Sumber : FB DrMaza

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *