Pertubuhan Islam Diharamkan Di Sri Lanka

| April 14, 2021 | 0 Comments

Pertubuhan Islam Diharamkan Di Sri Lanka | Sri Lanka telah membuat keputusan mengharamkan 11 pertubuhan Islam termasuk Kumpulan Negara Islam (IS) dan al-Qaeda. Keputusan itu telah dibuat pada seminggu sebelum ulang tahun kedua tragedi pengeboman yang berlaku pada Hari Easter. Tragedi itu telah meragut nyawa 279 orang korban.

Pertubuhan Islam Diharamkan Di Sri Lanka

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa memaklumkan dalam pewartaan bahawa sesiapa yang yang mempunyai kaitan dengan semua kumpulan itu boleh dihukum penjara hingga 20 tahun jika didapati bersalah. Tambahnya lagi, sebahagian dari pertubuhan yang diharamkan itu memounyai kaitan dengan kumpulan pengeboman Hari Easter.

Sembilan pertubuhan agama dan sosial tempatan mewakili umat Islam turut diharamkan.

Akta Pencegahan Keganasan (POTA) telah diperkenalkan, ini merupakan usaha pihak kerajaan bagi memastikan negari itu terus berada dalam keadaan yang damai.

Penganut agama Roman Katolik telah membuat ancaman untuk mengadakan demonstrasi jalanan ketika ulang tahun tragedi itu kerana mendakwa pihak kerajaan gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan pengeboman itu.

Seramai tujuh rakyat Sri Lanka melancarkan serangan di tiga gereja dan hotel pada April 2019, menyatakan ikrar janji setia kepada pemimpin Daesh ketika itu, Abu Bakar al-Baghdadi.

Pasukan penyiasat tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan serangan yang berlaku itu dengan Daesh. Dua pertubuhan tempatan yang dikaitkan dengan serangan itu juga telah diharamkan pada tahun 2019.  Namun pasukan siasatan presiden yang bertanggungjawab terhadap tagedi pengeboman itu mahu kesemua pertubuhan diharamkan. Kesemua tujuh penegbom turut maut dalam tragedi itu membuatkan tiada suspek yang didakwa.

Ketua Gereja Roman Katolik Sri Lanka, Cardinal Malcolm Ranjith turut mendesak agar tindakan diambil terhadap ahli politik dan pegawai yang gagal menghalang kejadian berlaku. Bukan hanya mendakwa mereka yang bertanggungjawab.

Siasatan mendapati Maithripala Sirisena iaitu presiden ketika itu dan pasukan perisiknya sudah diberi amaran oleh India mengenai serangan terbabit 17 hari sebelum ia dilancarkan.

Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan terhadap tiga warga Sri Lanka berhubung pengeboman itu, di mana lima warga AS adalah antara 45 rakyat asing yang turut terkorban.

Hasil laporan siasatan yang dikeluarkan awal tahun ini mengesyorkan agar pertubuhan buddha turut sama diharamkan kerana telah dituduh menghasut rusuhan antara komuniti sebelum dan selepas pengeboman.

Sumber: Berita Harian

 

Tags: , , , ,

Category: AGAMA, DUNIA, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *