Pesakit Mental Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Putus. | PETALING JAYA: Seorang wanita ditemui mati dengan leher terputus selepas dipercayai ditetak anak tirinya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk, Jerek di Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Pesakit Mental Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Putus.

Mayat mangsa berusia 54 tahun ditemukan di ruang tamu rumahnya dan dipercayai dibunuh pada jam 4.55 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, suspek berusia 39 tahun yang juga pesakit mental selain penagih dadah itu tampil ke balai polis menyerah diri selepas kejadian terbabit.

“Suspek hadir di Balai Polis Bertam sebelum memaklumkan dia sudah membunuh ibu tirinya di rumahnya menggunakan parang.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian kemudiannya ditemukan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dengan leher terputus akibat tetakan.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis turut merampas parang dipercayai digunakan suspek di lokasi kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita masih menyiasat punca kejadian sama ada berlaku pergaduhan atau sebaliknya,” katanya.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply