Pesara Polis Maut Dilanggar Ketika Buat Pusingan-U. ALFATIHAH.

| February 16, 2020 | 0 Comments

Pesara Polis Maut Dilanggar Ketika Buat Pusingan-U. ALFATIHAH. | Kejadian di Melaka. Seorang pesara polis maut dilanggar ketika buat pusingan u-turn. Al Fatihah. Baca selanjutnya.

Meninggal Serta Merta Di Tempat Kejadian

Seorang pesara polis maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Mutiara di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa, Jahi Mahat, 65, yang menunggang motosikal Modenas Kriss disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang membuat pusingan U di lokasi sebelum motosikal mangsa dilanggar sebuah kenderaan Volkswagen Tiguan yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun.

“Lelaki dari Selangor itu dalam perjalanan dari Simpang Ampat Alor Gajah menghala ke arah Melaka namun tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal mangsa yang sedang membuat pusingan U, lalu tercetusnya kemalangan maut ini.

“Mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kedua-dua kenderaan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *