Pesawat Persendirian Rempuh Bangunan, 8 Terkorban Termasuk Juruterbang. Ada Video | Sebuah pesawat milik persendirian dikhabarkan membawa enam penumpang bersama dua kru dilaporkan telah terhempas dan menghentam sisi bangunan dua tingkat yang kosong di pinggir bandar Milan, baru-baru ini.
🔴 #Milano, #aereo precipitato. Prosegue l’intervento dei #vigilidelfuoco. Da notizie assunte sarebbero state 8 le persone a bordo del velivolo, 2 membri d’equipaggio e 6 passeggeri [#3ottobre 15:15] pic.twitter.com/qngzPPDsyM
— Vigili del Fuoco (@emergenzavvf) October 3, 2021
Siasatan oleh pihak polis mendapati pesawat jenis  Pilatus PC-12 tersebut terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Milan Linate dalam perjalanan ke lapangan terbang Olbia berhampiran Pulau Sardinia di Itali.
Menurut laporan The Guardian, kemalangan tersebut dapat dikesan selepas beberapa orang di kawasan terbabit mengesan asap tebal seakan-akan tiang tebal kelihatan dari lokasi nahas dan ia juga kelihatan sejauh beberapa batu dari tempat kejadian. Beberapa kereta yang diparkir berdekatan tempat kejadian turut terbakar.
Sementara itu menurut laporan pihak bomba, nahas tersebut menyebabkan bangunan pejabat yang sedang dalam fasa pembinaan itu terbakar dan hangus dijilat api.
Laporan media tempatan turut menyatakan bahawa pada hari kejadian, pesawat tersebut telah diterbangkan sendiri oleh seorang Jutawan Hartanah dikenali sebagai Dan Petrescu, 68, salah seorang lelaki terkaya di Romania. Dia dikatakan maut bersama isterinya, Regina Dorotea dan anak mereka Dan Stefano.
Manakala turut dilaporkan bahawa tiga mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu adalah seorang usahawan di Itali, Filippo Nascimbene, isterinya Claire Stephanie Caroline Alexandrescou, dan anak kecil mereka yang turut terkorban dalam nahas tersebut.
Dua lagi kru penerbangan dikhabarkan membawa dokumen pengenalan bersama mereka iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun dan memiliki kewarganegaraan Jerman manakala orang kedua yang dikenal pasti adalah seorang wanita Romania berusia 60-an yang memiliki kewarganegaraan Perancis.Â
Difhamkan bahawa tiada kes orang awam tercedera dilaporkan. Kes kini sedang dalam siasatan pihak agensi keselamatan penerbangan kebangsaan Itali.
Petrescu dikatakan memiliki kekayaannya yang dianggarkan sebanyak € 3bn serta mengetuai sebuah syarikat pembinaan utama dan memiliki sejumlah pasar raya besar dan pusat membeli-belah menerusi laporan tempatan. Dia juga dikhabarkan mempunyai kerakyatan sebagai warganegara Jerman.
Sumber: The Guardian