Petani Mengaku Tidak Bersalah Miliki Pistol Dan 11 Peluru

| June 9, 2021 | 0 Comments

Petani Mengaku Tidak Bersalah Miliki Pistol Dan 11 Peluru | Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesysen Kota Bharu, hari ini atas dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 11 butir peluru, dua minggu lalu.

Petani Mengaku Tidak Bersalah Miliki Pistol Dan 11 Peluru

Tertuduh Mohd Faeez Awang, 29, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol semi auto Mod 213 9MM Tara No Siri 108791 dan satu kelopak pistol warna perak tanpa kebenaran yang sah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Manakala untuk pertuduhan kedua, suspek didakwa memiliki 11 butir peluru jenis 9MM Luger PMC tanpa kebenaran yang sah.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Kampung Kelubi, Jalan Kota Bharu di Pasir Puteh sekitar jam 9.45 malam pada 29 Mei yang lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kes itu serius dan tidak boleh jamin.

Walaubagaimanapun, peguam bela Ahmad Adha Amir Yasser memohon supaya tertuduh yang masih bujang itu diikat jamin kerana ia merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik dan membantu bapanya di kebun sayur-sayuran.

Beliau berkata, bapa tertuduh bekerja sebagai petani dengan pendapatan antara RM 800 sehingga Rm 1,000 dan wang itu juga digunakan untuk membiayai perubatan ibu dan bapanya yang sakit.

Oleh itu, pihaknya meminta agar  jaminan yang rendah ditetapkan kerana ini adalah kes pertama tertuduh. Selain itu, pengalaman anak guamnya yang berada dalam tahanan polis selama 11 hari sudah memberi pengajaran kepadanya.

Namun, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *