Petugas Kebersihan Nyaris Ditimpa Pokok Disambar Api Akibat BBQ. ADA VIDEO | Setelah kerajaan mengumumkan rentasan negeri dibenarkan, ramai masyarakat di negara kita telah mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung, bercuti atau berkelah bersama ahli keluarga di pantai-pantai serta sungai sambil menikmati keindahan alam.

Petugas Kebersihan Nyaris Ditimpa Pokok Disambar Api Akibat BBQ. ADA VIDEO 

Namun begitu, dalam keseronokkan kita bercuti, janganlah kita lupa untuk menjaga kebersihan persekitaran kerana sesetengah golongan masyarakat di negara kita sepertinya kurang mendapat kesedaran berkenaan penjagaan alam sekitar sehingga menyebabkan pencemaran di sungai-sungai serta pantai berlaku serta menjejaskan keindahan ekosistem di tempat terbabit.

Tular mengenai satu video di media sosial selepas beberapa orang petugas kebersihan hampir ditimpa sebatang pokok besar di tepi pantai ketika cuba memadamkan kebakaran kecil di sebatang pohon dipercayai disambar api BBQ oleh salah seorang pengunjung di pantai tersebut, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular tersebut, beberapa orang petugas kebersihan dilihat sedang menjirus air ke arah batang pokok besar  yang telah terbakar itu dalam usaha untuk memadamkannya .

Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba pokok tersebut tumbang dan beberapa pekerja pembersihan berada berdekatan kawasan itu dilihat sempat melarikan diri dari ditimpa pokok yang tumbang tersebut.

Wanita yang merakam video berkenaan turut memberi nasihat kepada para pengunjung yang ingin berkelah di pantai itu supaya tidak menggunakan pokok sebagai tempat untuk membuat BBQ kerana ia akan mengundang bahaya buat pengunjung yang lain.

Melihat keadaan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekecewaan dan rasa marah kerana kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku terutama di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Madamme Momsey, video terbabit perlu diambil ikhtibar kerana akibat daripada perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini mampu mengundang bahaya kepada orang awam terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Hasil perkongsian beberapa orang netizen, kejadian itu dipercayai telah berlaku di Pantai Sepat, Kuantan.

Diharapkan insiden seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan dan sama-samalah menjaga alam sekitar.

Sumber: Facebook 

Share.

Leave A Reply