Pilih & Bvnuh Mangsa Secara Rawak | Seorang lelaki di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) bukan mengaku membunuh pemandu Uber, malah menyiarkan rakaman selepas melakukan perbuatan itu di Facebook (FB).

POLIS bergegas ke lokasi kejadian. FOTO Agensi

Mirror UK melaporkan, polis berkata, Brandon Jacobs, 29, mengaku membunuh pemandu Uber, Yolanda Dillion, 54.

Dillion maut selepas ditikam dari tempat duduk belakang keretanya.

Jacobs kemudian ditangkap di dalam sebuah hotel dan pihak berkuasa mengesyaki dia menikam pemandu Uber sebelum tiba di destinasi dituju, membuat rakaman selepas kejadian dan memuat naik video itu di FB.

Sebaik tiba di hotel berkenaan, Jacobs terus masuk ke bilik yang sebelum itu ditempahnya.

Dillion dilaporkan meninggal dunia selepas menerima tempahan ke hotel, Travelodge by Hotel Wyndham New Orleans West Harvey, pada Disember lalu.

Mangsa bekerja untuk Jabatan Polis New Orleans (NOPD) sebagai pentadbir belanjawan dan Superintendan Shaun Ferguson berkata, rakan sekerja agak sukar menerima berita kematiannya

Rakannya berkata pasukan mereka menghadapinya dengan agak sukar.

Ferguson berkata, mangsa akan sangat dirindui. Mangsa adalah seorang sangat pendiam dan merendah diri. Mangsa itu amat bermakna kepada jabatan ini.

Syerif Joseph Lopinto mengesahkan kematian Dillion dalam sidang media dan berdasarkan pengakuan, Jacobs memberitahu polis yang dia membunuh seseorang ‘secara rawak’.

Hasil soal siasat, Jacobs menyatakan yang dia bangun pagi (pada hari kejadian) dan mahu membunuh seseorang dan memutuskan itu akan menjadi harinya.

Mereka bertanya kepadanya secara khusus: ‘Bagaimana kamu memilihnya?’. Jawapannya ialah ‘Saya tidak memilihnya, Uber memilihnya’.”

Lopinto berkata, mangsa adalah orang rawak (pemandu Uber) menjemputnya hari itu.

Polis dipanggil ke tempat kejadian sejurus sebelum 3 petang selepas menerima laporan.

Dillion ditemukan dengan beberapa kesan tikaman dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat parah.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

KEJAM. Remaja Perempuan Dibunuh Dan Kaki Dipotong Guna Batu.

KEJAM. Remaja Perempuan Dibunuh Dan Kaki Dipotong Guna Batu. | Seorang remaja perempuan dilaporkan dibunuh sebelum kakinya dipotong menggunakan batu gara-gara enggan melakukan hubungan seks.

Seorang pelajar sekolah menengah yang diberi nama samaran M berusia 17 tahun di Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan, telah menjadi mangsa pembunuhan sadis oleh teman lelakinya sendiri.

Pelaku yang digelar sebagai A berusia 17 tahun telah memotong kaki mangsa menggunakan seketul batu leper.

Mayat mangsa dilaporkan ditemukan pada Ahad, 11 September lalu di sebalik batu di Sungai Biangloe, Kabupaten Bantaeng. Dilaporkan bahawa, suspek bertindak memotong badan mangsa kerana perasaan cemburu.

Mayat mangsa yang sudah berbau busuk ditemui dalam keaadan tidak sempurna. Ketika ditemui, kakinya telah dipisahkan dari badannya.

Ketua Polis Bantaeng, AKBP Andi Kumara, berkata mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 1 September lalu. Pada hari kejadian, mangsa telah pergi ke sekolah namun dia tidak pulang ke rumah.

 

“Minggu lalu, mayat mangsa ditemui di tempat bermandi manda Eremerasa. Mangsa ditemui pengunjung lain dalam keadaan reput dan kakinya terpisah dari badan,” katanya pada Isnin lalu.

Polis turut menahan teman lelaki mangsa, yang juga pelajar sekolah menengah di Kabupaten Bantaeng.

“Teman lelaki mangsa itu telah mengaku perbuatannya. Mangsa dibunuh dengan cara dicekik, kemudian kaki mangsa dipotong menggunakan batu,” katanya.

Andi menjelaskan, pelaku memotong kaki mangsa yang maut menggunakan batu leper dan kaki mangsa juga terpisah dari badannya.

Andi Kumara mendedahkan, motif pembunuhan adalah kerana mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya. Suspek kemudian mencekik mangsa hingga mati.

Suspek juga mengaku sakit hati, kerana mangsa telah mengeluarkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply