PKPD Di Kota Setar Tamat. Temco Di Rumah Pangsa Tongkang Yard.

| September 24, 2020 | 0 Comments

PKPD Di Kota Setar Tamat. Temco Di Rumah Pangsa Tongkang Yard. | Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di Kota Setar ditamatkan hari ini namun melanjutkan PKPDP Secara Bersasar (TEMCO) di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak sehingga 7 Oktober depan.

pkpd

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, setakat semalam penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 di daerah itu.

“Kawasan paling berisiko tinggi adalah di Rumah Pangsa Tongkang Yard.

“Seramai 94 penduduk di lokasi ini sudah disaring dan sembilan daripadanya didapati positif Covid-19 membabitkan lima rumah,” katanya dalam satu kenyataan harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, mengambil kira penilaian risiko penularan wabak itu kerajaan bersetuju PKPDP di Kota Setar ditamatkan hari ini dan TEMCO di Rumah Pangsa Tongkang Yard dilaksanakan sehingga 7 Oktober depan.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama juga akan ditutup bermula pada 26 September sehingga 9 Oktober depan.

“Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat kawalan pergerakan di lokasi ini bagi memastikan semua penduduk mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan perintah kuarantin di rumah,” katanya.

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *