PKPP. Satu Kenderaan Mesti Daripada Rumah Yang Sama.

| June 9, 2020 | 0 Comments

PKPP. Satu Kenderaan Mesti Daripada Rumah Yang Sama. | Prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih kekal seperti sebelum ini iaitu mengikut kapasiti kenderaan daripada rumah yang sama.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua SOP tersebut perlu dipatuhi dan sekiranya terdapat sebarang perubahan akan diumumkam kemudian.

”Dari segi kenderaan, empat ataupun mengikut kapasiti dari rumah yang sama setakat ini masih kekal SOP nya.

”Jadi, kalau ada perubahan insyaAllah akan kita akan umumkan kemudian,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua rakyat untuk mematuhi SOP sepanjang PKPP kerana setiap peraturan telah diwartakan.

”Sekali lagi saya ingatkan, yang pertama patuhi SOP kerana SOP tetap ada di bawah PKPP ini kerana setiap peraturan telah pun diwartakan.

”Semalam dan hari ini bermulalah peraturan-peraturan baru di bawah PKPP, apabila singgah di RNR, penggunaan tandas dan makan minum, patuhilah setiap SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan, kerana kesalahan melanggar SOP juga akan dikenakan tindakan oleh pihak polis,” kata beliau.

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *