PM Baru Dari UMNO? Ini Respons PAS Yang Ditunggu Ramai

| August 17, 2021 | 0 Comments

PM Baru Dari UMNO? Ini Respons PAS Yang Ditunggu Ramai |PAS hari ini menyatakan sokongan sebulat suara bagi menyokong dan mencalonkan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

PM Baru Dari UMNO? Ini Respons PAS Yang Ditunggu Ramai

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sudah bersiap-sedia dengan akuan bersumpah (SD) sejak beberapa lepas

“PAS sebulat suara sokong Datuk Seri Ismail Sabri dan kita dah siap SD beberapa hari lepas,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu Umno juga dilaporkan sebulat suara memberi sokongan kepada anggota Parlimen Bera itu bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat

Ia selepas seramai 15 anggota Parlimen Umno menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin sekali gus kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Sebagai rekod PAS merupakan sekutu Umno yang membentuk gabungan Muafakat Nasional selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Sumber : Malaysia Kini

Tags: , , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *