Pod Dan Cecair Vape Dirampas, Pemilik Gagal Dikesan

| April 11, 2021 | 0 Comments

Pod Dan Cecair Vape Dirampas, Pemilik Gagal Dikesan | Sejumlah pod dan cecair vape pelbagai jenis jenama dianggarkan berjumlah RM310,360 telah dirampas oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) . Rampasan itu telah dibuat di Kampung Limau Purut semalam oleh sepasukan anggota yang membuat rondaan di Pangkalan Haram Awang Bunga.

Pod Dan Cecair Vape Dirampas, Pemilik Gagal Dikesan

Menurut Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof, pihaknya telah menerima maklumat awam berkaitan kegiatan penyeludupan yang berlaku itu. Dipercayai peralatan vape dan cecair vape itu diseludup dari Malaysia ke Thailand melalui pangkalan haram yang terdapat disekitar kampung itu.

Sebaik sahaja memperoleh maklumat itu, sepasukan anggota telahpun membuat rondaan dan pemantauan di Pangkalan Haram Awang Bunga. Daripada rondaan yang dibuat, pihak berkuasa telah berjaya menemui beberapa kotak berwarna coklat yang terdapat berada di tepi sungai.

Usaha pasukan anggota itu untuk mengesan pemilik barangan tersebut gagal, namun kesemua barang rampasan itu akan dibawa ke Kompani Taktikal Taman Bakti, Rantau Panjang untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan kotak itu mendapati terkandung 809 pod dan 2,780 botol cecair vape pelbagai jenis serta jenama. Nor Azizan berkata, pod dan cecair vape itu dipercayai akan diseludup ke Thailand melalui pangkalan haram terbabit dan laporan dibuat di Balai Polis Lalang Pepuy.

Menurutnya semua pod vape akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, manakala botol berisi cecair vape pula akan diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk siasatan menerusi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

Sumber: Berita Harian

Tags: , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *