“Pohon Doakan Yer…” – Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tablet Untuk Pelajar Yang Memerlukan

| January 21, 2021 | 0 Comments

“Pohon Doakan Yer…” – Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tablet Untuk Pelajar Yang Memerlukan | Sesi persekolahan bagi tahun 2021 sudah pun bermula. Rentetan daripada wabak Covid 19, Kementerian Pendidikan mengarahkan guru dan para pelajar untuk melakukan sesi Pengajaran danĀ  Pembelajarn di Rumah (PdPR) tanpa perlu ke sekolah buat masa ini. Justeru itu, pelajar-pelajar hanya perlu mengikuti kelas secara dalam talian.

"Pohon Doakan Yer..." - Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tablet Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Walau bagaimapun, terdapat beberapa pelajar yang tidak mampu untuk mengikuti kelas secara dalam talian akibat tidak mempunyai peranti yang sesuai untuk digunakan. Hal ini menyebabkan ramai pelajar terganggu terhadap permasalahan ini.

Sehubungan dengan permasalahan tersebut, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah membeli 100 buah tablet untuk diberikan secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Berdasarkan posting di laman Instagram Ebit Lew, tujuan beliau membeli 100 tablet tersebut adalah untukĀ  meringankan beban pelajar serta keluarga yang tidak berkemampuan untuk menyediakan peranti kepada anak-anak.

"Pohon Doakan Yer..." - Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tablet Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Jelaslah mengapa warganet menggelarkan beliau sebagai ‘Hero Malaysia’ dek sikap pemurahnya terhadap orang yang memerlukan tanpa mengenal agama dan bangsa. Semoga segala urusan Ustaz Ebit Lew diperudahkan dalam jalan dakwahnya.

Sumber : Instagram Ebit Lew

 

Tags: , ,

Category: AGAMA, DUNIA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *