Polis masih meneruskan operasi memburu 80 tahanan etnik Rohingya yang merusuh dan melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Rabu lalu.

Polis Buru Baki 80 Tahanan Warga Rohingya Yang Masih Bebas

Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam Op Kesan semalam, pihaknya menahan semula lapan tahanan di sekitar lokasi dan daerah berdekatan.

Katanya, sehingga kini seramai 448 tahanan terdiri daripada 229 lelaki serta 89 wanita dewasa, 69 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan sudah ditemui.

Jelasnya, mereka masih mengesan serta memburu 80 tahanan lagi iaitu 65 lelaki dan lapan wanita dewasa dan tujuh kanak-kanak perempuan.

Katanya lagi dalam satu kenyataan, operasi mengesan saki baki tahanan kini masih diteruskan membabitkan bantuan Unit Anjing Pengesan (K-9) dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang menemui tahanan tidak melindungi mereka kerana tindakan boleh diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply