Polis Buru Seorang Lelaki Pijak Dan Ugut Bunuh Anak

| April 14, 2021 | 0 Comments

Polis Buru Seorang Lelaki Pijak Dan Ugut Bunuh Anak | Seorang lelaki yang bergelar ayah sepatutnya membesarkan anak-anak dengan memberi sepenuh kasih sayang dan didikan yang baik .Namun, hal yang sebaliknya berlaku apabila ia sanggup untuk memijak bahagian tubuh anaknya sendiri bahkan tidak cukup dengan itu ia juga mengacukan pisau kepada mangsa.

Polis Buru Seorang Lelaki Pijak Dan Ugut Bunuh Anak

Baru-baru ini tular satu video di Facebook mengenai tindakan seorang lelaki yang mendera dua kanak-kanak yang dipercayai merupakan anaknya. kanak-kanak terbabit didera dengan cara badannya dipijak, diacukan pisau ke arah mereka serta diugut untuk dibunuh .

Berdasarkan video terbabit dapat dilihat kedua-dua mereka menangis dan ketakutan, malah suspek dipercayai merakamkan perbuatannya sendiri.

Video terbabit sekaligus mendapat pelbagai komen negatif dari para netizen yang rata-rata mengecam tindakan suspek dengan mengatakan suspek berlaku kejam terhadap anaknya sendiri.

Kejadian ini dipercayai terjadi di Ulu Balung, Tawau, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, menerusi satu panggilan mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihaknya.

Difahamkan suspek mempunyai masalah rumah tangga dan baru sahaja bercerai dengan isterinya sebelum ia mengambil keputusan untuk membawa lari kedua anaknya. Kanak-kanak terbabit dianggarkan berusia dua hingga empat tahun.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota dan pegawai dihantar ke lokasi kejadian namun suspek tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu,” katanya.

Pada masa yang sama, pihak polis menggesa kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan untuk segera tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada pihak polis dengan segera”katanya.

Sumber: OhBulan!, Astro Awani

Tags: , , , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *