Polis Cari Pemandu Myvi Tunjuk Isyarat [email protected] | Polis sedang mengesan seorang pemandu Perodua Myvi yang dikesan memandu secara melulu dan berlagak samseng seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, semalam.

Pemandu Perodua Myvi memberhentikan kenderaan di tengah jalan dan menunjukkan isyarat lucah di Jalan PJS8, Petaling Jaya, yang tular di media sosial, semalam. - Foto tular

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata video itu dikesan tular di media sosial oleh pihak polis pada jam 8.30 malam tadi sebelum semakan dijalankan.

Beliau berkata, semakan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Beliau juga berkata video dari rakaman kamera papan pemuka itu memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu secara bahaya dengan pemandu bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah jalan.

Beliau berkata dalam kenyataan, hari ini bahawa berdasarkan rakaman video itu, kejadian ini berlaku jam 5.05 petang semalam di Jalan PJS 8 berhadapan Menara The One Academy, Petaling Jaya.

Hasil pemerhatian polis kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan kepada pemandu lain.

Beliau bertambah lagi, bagaimanapun, kita minta pihak yang merakam kejadian itu tampil ke BSPT IPD Petaling Jaya untuk membantu siasatan polis.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita minta saksi dan pihak yang terbabit kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Ku Mashariman, berkata maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan pemandu Myvi memotong secara melulu sebelum membrek dengan mengejut di hadapan sebuah kenderaan yang merakam video.

Pemandu Myvi kemudian dilihat keluar dari keretanya sebelum menunjukkan isyarat lucah serta memarahi pemandu berkenaan.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Hantar Mesej Lucah Pada Anak Tiri, Pesara Tentera Didakwa

Seorang warga emas yang juga pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh mempunyai empat pertuduhan menghantar mesej WhatsApp secara seksual terhadap anak tirinya yang berusia 14 tahun sejak daripada Jun lalu.

Selain itu, tertuduh diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Tertuduh yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Selain itu, mengikut pertuduhan pertama sehingga keempat, tertuduh didakwa telah berkomunikasi secara seksual ke atas anak tirinya berusia 14 tahun 6 bulan dengan menghantar kandungan lucah antara 11 Jun sehingga 31 Ogos 2022.

Perbuatan itu juga dilakukan di sebuah rumah di Bemban dalam daerah Jasin.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017, dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dikenakan tidak kurang dua sebatan.

Di samping itu, terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Namun sekiranya mahkamah ingin membenarkannya, beliau menawarkan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan meminta agar syarat tambahan dikenakan.

Beliau turut memberitahu, mangsa kini tinggal bersama ibunya, manakala tertuduh dijaga oleh oleh anak-anak kandungnya.

Difahamkan kejadian itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa dikatakan bercerai dengan tertuduh.

Peguam Umar Zulkarnain mewakili tertuduh bagaimanapun memohon agar jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

Beliau juga megatakan bahawa bayaran ikat jamin akan dibuat oleh anak-anak kandungnya yang hadir pada prosiding.

Susulan itu, selepas mendengar rayuan kedua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 beserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 23 November ini sebagai sebutan semula kes.

Sumber : Kosmo 

Share.

Leave A Reply