Polis Marin Wilayah Dua Berjaya Tahan Tekong Darat Seludup Migran | Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Johor telah berjaya mematahkan aktiviti pemerdagangan manusia. Bertindak atas maklumat dari Unit Risikan Marin (URM), risikan telah dilakukan oleh sepasukan Pasukan Polis Marin dan berjaya menghasilkan tangkapan di Kg. Bakar Batu, Johor pada awal pagi semalam.

Polis Marin Wilayah Dua Berjaya Tahan Tekong Darat Seludup Migran

YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, berkata, operasi tersebut berjaya dilaksanakan berdasarkan kerjasama dan maklumat orang awam dalam membantu pihak Polis menyalurkan maklumat jenayah termasuk penyeludupan migran.

Operasi tersebut telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 32 tahun yang menjadi dalang dalam penyeludupan migran dan berjaya menyelamatkan enam orang warganegara Indonesia iaitu empat lelaki dan dua wanita berumur dalam lingkungan 28 hingga 45 tahun.

Turut dirampas sebuah kereta MPV jenis Toyota Innova yang digunakan dalam aktiviti tersebut. Kes disiasat dibawah ATIPSOM 2007(Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63.

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menyeru masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada penguatkuasa terutamanya PPM W2 bagi membenteras sebarang bentuk jenayah terutamanya melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat maritim. Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07-2372221.

Polis Marin Wilayah Dua Berjaya Tahan Tekong Darat Seludup Migran

Polis Marin Wilayah Dua Berjaya Tahan Tekong Darat Seludup Migran

Polis Marin Wilayah Dua Berjaya Tahan Tekong Darat Seludup Migran

Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

Share.

Leave A Reply