(Video) Polis Minta Penunggang Motosikal Yang Dilanggar Honda CRV Tampil Beri Keterangan

| April 11, 2021 | 0 Comments

(Video) Polis Minta Penunggang Motosikal Yang Dilanggar Honda CRV Tampil Beri Keterangan | Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial Twitter yang mendapat tontonan ramai mengenai pemandu Honda CRV  yang berkelakuan seperti ‘Naik Hantu’ melanggar sebuah motosikal di Kuala Terengganu, semalam. Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis meminta agar pemilik motosikal yang dilanggar Honda CRV untuk tampil memberi keterangan yang selanjutnya berkaitan kejadian itu.

(Video) Polis Minta Penunggang Motosikal Yang Dilanggar Honda CRV Tampil Beri Keterangan

Pemangku Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, susulan kemalangan yang membabitkan beberapa kenderaan sekitar jam 7.20 malam di sebuah kedai makan Sofia Corner di Jalan Kampung Kepong, di sini sebagaimana tular di media sosial Ahad (11 April) lalu.

Hasil daripada siasatan oleh pihak polis mendapati bahawa sebuah kenderaan jenis Honda CRV telah melanggar Naza Citra dan beberapa kenderaan lain.

Beliau berkata, susulan penularan video terbabit, pemilik Honda CRV kemudiannya tampil membuat laporan polis mengatakan terlibat dalam kemalangan pada 9 April lalu. Seterusnya, pada 10 April pengadu yang sama telah membuat laporan bahawa cermin hadapan, cermin sisi dan cermin belakang kenderaannya telah dipecahkan dan turut menjelaskan bahawa dia telah diugut.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan meminta semua saksi kejadian tampil bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan. Bukan itu sahaja, pemilik motosikal yang dilanggar di dalam video tular tersebut tampil membuat laporan boleh membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah/khianat) dan mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *