Polis Siasat Helikopter Hantar Budak Sekolah Di Setia Alam | Polis membuat satu laporan berkaitan isu tular sebuah helikopter mendarat dipercayai menghantar seorang pelajar sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Setia Alam, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pesawat itu mendarat di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 pada 17 April lalu.

“Helikopter berkenaan dipercayai mendarat selama 15 minit, kira-kira pukul 8 pagi di kawasan tersebut. Satu laporan polis dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam (KBKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency (ROA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, tular gambar memaparkan helikopter itu mendarat di sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Setia Alam sebelum seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan pesawat itu dengan juruterbang berdiri di tepinya.

Difahamkan, ia kali kedua helikopter mendarat di kawasan itu namun penduduk tidak merakam kejadian pertama sebelum ini.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

2 Beradik Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Oleh Lori Tangki Minyak | Kecuaian pemandu lori tangki minyak dipercayai punca dua beradik yang berasal dari Felda Lepar Hilir 1 di sini maut setelah kereta dinaiki mereka dilanggar kenderaan berat itu di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di sini malam tadi.

Dua beradik meninggal dunia

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Siti Mazurah Zulkifli, 30, yang merupakan seorang pramusaji dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, yang bekerja sebagai jurujual meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lori terbabit dikatakan datang dari arah Muadzam Shah, Rompin menuju ke stesen minyak Petron Gambang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pemandu lori hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua mangsa dalam kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari juga berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan dipandu sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

“Pemandu lori terbabit sudah ditahan bagi membantu siasatan. Keputusan ujian air kencing terhadap lelaki itu negatif dadah. Keterangan pemandu lori berkenaan sudah diambil dan lori dipandu akan di bawa ke Puspakom untuk pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 11.21 malam.

Beliau berkata, susulan maklumat diterima, lapan anggota bomba pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dibantu BBP Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi menyelamat mangsa kemalangan terlibat.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply