Polis Sudah Kenal Pasti Suspek Conteng Mural Pemimpin Negara

| July 29, 2020 | 0 Comments

Polis Sudah Kenal Pasti Suspek Conteng Mural Pemimpin Negara | Siasatan terhadap kes menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata, pihaknya mendapat beberapa petunjuk baharu dalam siasatan kes berkenaan.

“Saya tidak akan mendedahkan petunjuk baharu kerana masih dalam siasatan. Oleh itu, saya mohon berikan kami sedikit masa untuk menyelesaikan siasatan kes ini.

“Selain itu, suspek juga sudah dikenal pasti berdasarkan risikan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang baharu, hari ini.

Mazlan berkata, setakat ini hanya satu saja kertas siasatan dibuka berhubung kes terbabit dan beberapa laporan polis telah dilakukan.

Baru-baru ini, mural memaparkan potret antaranya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam, Selangor.

Kejadian vandalisme itu disedari seorang pekerja restoran yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Mural itu adalah hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *