Polis Tahan 12 Individu Bergaduh Guna Tukul Besi Di Lebuh Farquhar | Polis didakwa telah berjaya menahan 12 individu yang dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan menggunakan tukul besi  di kawasan Lebuh Farquhar, selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial, baru-baru ini.

Polis Tahan 12 Individu Bergaduh Guna Tukul Besi Di Lebuh Farquhar

Menurut pihak polis, difahamkan bahawa mereka menerima laporan berhubung kejadian tersebut iaitu kira-kira jam 12.35 tengah malam semalam sebelum sepasukan polis bertindak ke lokasi tersebut.

Berdasarkan siasatan awal polis, beberapa lelaki dipercayai minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya timbul perselisihan faham yang berlarutan sehingga berlaku pergaduhan di luar premis makanan tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais menerusi laporan Awani, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini semalam.

Tambahnya, kesemua mereka akan direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, telah tular menerusi media sosial satu video berdurasi seminit memaparkan dua kumpulan membabitkan lebih 20 lelaki dengan ada yang bersenjatakan tukul besi bergaduh di kawasan Lebuh Farquhar.

Berdasarkan rakaman terbabit, ada beberapa pihak mendakwa ahli kumpulan tersebut mabuk selepas minum minuman keras di restoran di situ sebelum berlaku perselisihan faham dan pergaduhan.

Sumber: Bernama 

Share.

Leave A Reply