Polis menahan empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun dalam kekecohan yang berlaku antara penyokong pasukan bola sepak Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan hari ini berkata polis mengesahkan kejadian itu berlaku pada pukul 9.17 malam setelah pihaknya mengesan satu video tular memaparkan berlakunya kekecohan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ujian saringan air kencing terhadap seorang daripada tahanan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja),” katanya menambah keadaan kekecohan dapat dikawal pasukan polis bertugas di lokasi kejadian.

Yahaya berkata kesemua tahanan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat (video atau gambar) mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 untuk membantu siasatan.

Media melaporkan perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak malam tadi dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong dua pasukan itu.


Sumber : UtusanTV

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Bengang ‘Disidai’, Wanita Sikap Penting Diri Tinggal Kereta

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap sikap pentingkan diri seorang wanita yang membuatnya tertunggu di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Mark Adam, dia sangat kesal kerana selepas wanita itu mengisi minyak, dia terus meninggalkan keretanya untuk melakukan hal lain dan membiarkan pengguna lain tertunggu-tunggu.

“Alahai kakak, hendak basuh tangan ke, kaki ke, alih lah kereta tu dulu. Ini siap pergi bersembang dengan kawan lagi. Kasihan kawan (pemilik) belakang tunggu hendak isi minyak,” katanya di kapsyen.

Menurut pemilik lagi, tindakan wanita tersebut sangat menyusahkan orang lain.

“Apa salahnya dibuang sikap sombong tu, alihkan dahulu kereta, mudahkan urusan orang lain. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita pula. Sudahla terkial-kial, angkat tangan pun tidak,” rungutnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut mengecam perbuatan yang kurang menyenangkan itu kerana melengahkan urusan orang lain.

“Aku hairanlah dengan orang yang ‘slow’ macam tu dekat stesen minyak. Aku ni walaupun bawa motosikal sahaja aku turun cepat-cepat pergi kaunter nak bayar, cepat-cepat isi minyak dan jalan. Kalau hendak beli barang, isi minyak dahulu, ‘parking’ dan baru beli barang. Aku jadi serba salah orang lain kena menunggu dekat belakang,” kata Weeyah.

“Jenis yang tiada ‘common sense’ ni susah, pentingkan diri sendiri sahaja. Orang lain pula kena tunggu lama-lama semata-mata nak kena tengok kau berjalan sana-sini,” komen Muhammad Faizal.

“Alahai jenis yang tidak prihatin, pentingkan diri dan menyusahkan orang ni,” sampuk Khairin.

“Ramai je perangai macam ini dekat luar sana, perangai tidak peduli dekat orang keliling, janji dia lepas. Moga kita semua sabar dan dijauhkan daripada sifat begini,” kata Cahaya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply