Polis Tahan Gadis 18 Tahun ‘Bookie’ Piala Dunia 2022 | Seorang gadis berusia 18 tahun antara dua ‘bookie’ pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 dan ejen nombor loteri haram yang ditahan polis dalam serbuan di Matang Jaya, petang semalam.

Gadis berkenaan ditahan dalam serbuan pertama oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ke sebuah kedai makan, kira-kira jam 3.45 petang.

Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, Ketua Polis Daerah Padawan, berkata suspek disyaki menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen nombor loteri tanpa lesen.

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini bahawa polis turut merampas dua unit telefon, empat keping kertas jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 serta wang tunai berjumlah RM420.

Katanya, suspek mengaku bekerja sebagai ejen judi pertaruhan atau ‘bookie’ serta ejen menjual nombor loteri tanpa lesen.

Beliau bertanbah lagi, dalam serbuan kedua di sebuah gerai buah-buahan jam 4.45 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun. Suspek turut dipercayai menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen jual nombor loteri tanpa lesen.

Beliau menyata dengan memaklumkan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, polis merampas dua telefon bimbit dan wang tunai RM540.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

2 Lelaki Terlibat Judi Piala Dunia Ditahan

2 Lelaki Terlibat Judi Piala Dunia Ditahan | Dua lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi catit taruh bola sepak Piala Dunia di bandar Batu Pahat pada Isnin.

Asisten Komisioner Ismail Dollah, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, berkata, suspek berusia 57 dan 62 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah restoran pada jam 8.45 malam.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM410.

Beliau menyatakan dalam satu kenyataan media pada Selasa bahawa hasil semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai jumlah tahap (limit) akaun perjudian atas talian sebanyak RM15,000.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke hadapan Majistret bagi mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Beliau juga menyatakan bahawa siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjalankan catit taruh judi bola sepak yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 ataupun dipenjara tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Ismail berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat perjudian bola sepak kepada pihak polis sepanjang Piala Dunia 2022.

Sumber: Sinar Harian

 

Selepas Menang Taruhan Piala Dunia, Lelaki Nekad Bakar Rumah Sendiri

Selepas Menang Taruhan Piala Dunia, Lelaki Nekad Bakar Rumah Sendiri | Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar rumahnya sendiri, disebabkan tidak berpuas hati dengan jumlah wang taruhan yang diterima.

Kejadian itu berlaku di Desa Tanaki Lindongan, Kecamatan Siau Barat Selatan di Sitaro, wilayah Sulawesi Utara pada Jumaat lalu.

Individu itu dikenali sebagai JD atau Joi dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu gembira setelah menang pertaruhan Piala Dunia 2022.

“Siasatan awal mendapati Joi bersama rakannya bertaruh 200,000 rupiah (RM57) ketika perlawanan antara Brazil dan Serbia.

Iwan Permadi, Ketua Polis Kepulauan Sitaro berkata kepada Detikcom pada Sabtu bahawa kemenangan akhirnya berpihak kepada Joi selepas pasukan Brazil berjaya mengalahkan Serbia 2-0.

Menurutnya, Joi kecewa selepas rakannya tidak memberikan jumlah wang seperti yang dijanjikan.

Beliau juga berkata, temannya hanya memberikan 120,000 rupiah (RM34). Joi kemudiannya membuat kecoh hingga ditegur oleh seorang imam.

Iwan jelas lagi bahawa dia yang berada di bawah pengaruh alkohol bagaimanapun tidak dapat menerima teguran itu lalu pulang ke rumahnya sambil menjerit-jerit.

Setibanya di rumah, Joi telah mengusir isteri dan anaknya sebelum mengambil botol berisi minyak tanah dan membakar kediaman keluarganya.

Akibat tindakan melulu itu, Joi ditahan pihak berkuasa kerana mengganggu ketenteraman awam dan turut mengalami kerugian dianggarkan berjumlah 5 juta rupiah (RM1,427).

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply