Polis Tahan Lelaki Tipu Khidmat Bersih Rumah | Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes menipu urusan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud melalui Facebook sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM113,238.61 dalam kejadian baru-baru ini.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lelaki berusia 20-an itu ditahan di Taman Mewah, Kemunting di Perak semalam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya sejak beberapa minggu lepas.
menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai telah menawarkan perkhidmatan pembersihan rumah menerusi iklan di laman sosial Facebook namun ia sebenarnya tidak wujud dan jumlah kerugian yang dialami mangsa sebanyak RM113,238.61.
Kenyataan itu memaklumkam suspek berkenaan disyaki terlibat dalam kes tersebut sejak tahun lepas dan ia membabitkan mangsa di beberapa negeri.
Sementara itu, menurut kenyataan tersebut polis turut nenahan seorang wanita berusia 23 tahun kerana disyaki menjadi ejen jualan yang menjalankan urusan jual beli barang kemas yang tidak wujud melalui dalam talian.
Kenyataan itu turut memaklumkan wanita tersebut ditahan di Taiping, Perak melibatkan kes yang dilaporkan pada 6 Februari tahun lepas.
Hasil semakan lanjut mendapati wanita itu adalah ejen jualan yang berurusan dengan pengadu dalam urusan penjualan barangan kemas yang tidak wujud melalui dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM39,600 kepada mangsa.
Menurut kenyataan itu, dalam kejadian itu, suspek juga membuat ugutan kepada pengadu untuk membatalkan pembelian dan semua wang pembayaran mereka tidak akan dipulangkan jika tidak membuat pembayaran pada masa ditetapkan namun selepas selesai bayaran, barangan kemas tidak diberikan kepada pembeli.
Kedua-dua suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Lain
Wanita Tipu Hidap Kanser. Ini Sebabnya
Wanita Tipu Hidap Kanser. Ini Sebabnya. | Seorang wanita di Brazil memalsukan diagnosis kanser bagi menipu orang ramai untuk memberikan wang kepadanya, lapor akhbar Daily Mirror.
Camilla Maria Barbosa dos Santos, 27, didakwa mencukur rambutnya supaya kelihatan seperti sedang menjalani rawatan kemoterapi dan berbohong kepada orang ramai mengenai penyakit itu.
Wanita yang pernah disiasat atas kes penyelewengan itu memberitahu orang ramai bahawa dia mengumpul dana untuk rawatan.
Dia turut memberitahu polis bahawa dia didiagnos dengan kanser payudara pada 2017 dan sel kansernya telah berkurang.
Suspek kemudian mendakwa sel kansernya kembali pada tahun lalu yang merebak ke paru-paru dan ususnya selepas dijangkiti denggi. Polis bagaimanapun mendapati wanita itu gagal megemukakan bukti diagnosisnya.
Penyiasat polis mula melakukan siasatan ke atas suspek selepas beberapa penderma yang memberikan wang dan membayar ubatnya menjadi curiga tentang sikap wanita itu.
Polis juga mula menerima aduan mengenai pengumpulan dana sumbangan orang ramai dua bulan lalu sebelum siasatan dimuktamadkan pada 5 Januari lepas.
Selain tiada diagnosis rasmi, Hospital Araujo Jorge, iaitu tempat di mana Camilla mendakwa dia menjalani rawatan sejak Julai lalu juga menafikan bahawa dia ialah pesakit di sana.
Pihak hospital menafikan suspek menjalani tujuh rawatan kemoterapi dalam tempoh empat bulan di situ, selain menolak dakwaan rawatannya ditangguhkan kerana mereka kehilangan rekod perubatannya.
Polis mengesahkan bahawa suspek belum ditahan dan mengeluarkan imejnya supaya dapat mengenal pasti mangsa lain.
Sumber: Kosmo